wilayah creativo

Rinnie aku cedera~~~

kecuaian dan kekelam kabutan membawa padah. tghari ni, rinnie (pesonaku) yang aku pandu kemalangan kerana hendak mengelak kereta proton saga lame yang hendak membelok tetapi tidak memberi signal. …… sedihnya kereta aku, baru tiga minggu gune, da kena hantar balik ke workshop selama 2 bulan :( TIDAKKKKK.. i will miss you. ini adalah antara kesan² kelukaan rinie.


tayar pecah



bumper depan pecah



naseb baik lampu selamat



air bag pun terkeluar

walaupun hentakan ini mengejutkan aku, tapi kecederaan rinie sangat terok.. aku terselamat dgn kecederaan lebam di kedua² belah tangan aku. terima kasih kepada tali pinggang keselamatan serta air bag yang membantu aku ketika hentakan berlaku. selepas berlaku hentakan tu, aku terduduk sekejap x bleh nk berfikir. macam blur. tapi alhamdulilah ade pekerja² di kawasan kejiranan yang menyapa aku. baru aku tersedar dan teros call mak aku dan wan.

selesai tu, aku teros ke tpt keje yang terletak kire 50 meter dari tpt kemalangan. aku citer semua skali kepada planner aku, syukur senior aku mahu membantu. dia yang tolong aku uruskan keadaan sementara sedang menanti ketibaan keluarga aku. sesampai family aku, mandak aku teros call sani (kawan aku yang menjualkan kereta pesona aku) dtg. dia yg tau selok belok dlm urusan report polis dan urusn ton² ni.

bile sani sampai, dia tros kire jumlah kerosakan dan menganggarkan jumlah kerosak sebanyak rm 8k kerana temasuk bayaran cat kereta. kemudian, sani membawa aku dan mandak aku ke balai polis trafik yang berdekatan (cawangan seri alam) utk membuat laporan polis. reason nk claim insurans. *yalah banyak yang kena ganti. huhu arm bawah bengkok serta, bumper depan pecah, tangki wiper pecah, radiator alhamdulilah selamat, rim kiri bengkok, bahagian dlm kereta semuanya okey.

tiba je di balai polis trafik, mandak menceritakan segala² kepada pegawai yg bertugas. demi mengelakan lesen ‘P’ aku di gantung, mandak mendakwa dia yang kecuaian memandu. Sebab kemalangan : mengelak anjing yang tetiba keluar dari kawasan kemalangan di tempat hentakan. huhu.. niat di hati nk elak kena saman, x sangka kena saman juga. PDRM memang nk cari duet tol. setel kat balai polis trafik, ton² pun dtg setelah pegawai yg bertugas menelephone mereka.

mandak kami tinggalkan di balai polis sebentar, sementara aku dengan sani pulang ke tpt kemalangan utk mengambil kunci rumah kerana hendak mengambil salinan geran kereta. TERKEDU aku melihat cara mereka menarik kereta kesayangan aku, GILE AHHH GANAS!!! No mercy. aku x sempat nk record time mereka menarik keluar kereta dari atas divider. settle dari tu aku teros kembali ke balai polis trafik utk mengambil mandak aku dan kemudian itu teros pulang ke rumah.

sampai sekrang kedua² belah tangan aku masih terasa sakit dan lutut aku mengigil… huhu.. tapi aku bersyukur, aku selamat klu x… sian panda aku dan boboq aku.. sape nk jaga mereka. :|

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

Posted 4 days, 17 hours ago at 8:46 pm.

4 comments

demam denggi

baru² aku telah dijangkiti penyakit semasa iaitu demam. lame juga aku demam. adelah 5 hari nk masuk 7 hari. demam yang sememangnya x bleh nk bangun sehingga hilang selera makan serta peti suara. trun jugaklah berat badan aku 2kg. :D yeay! ringan sikit badan aku. yang menyebabkan aku takut sangat demam ni ialah aku makan paracetamol sepapan pun x bahek2 so aku wat further medical check up utk mengesahkan dan menyanyakan kenapa aku demam x bahek². takot juga aku bile aku gi klinik panel kilang aku cakap temperature badan aku sangat tinggi. doc tu suspek aku demam DENGGI. :| mengigil kepala lutut aku dengar so utk further info dia soh refer hospital besar. kebetulan plak adek kecik aku (ayu) pun kena demam panas yang same macam aku. maka aku berdua di segerakan masuk ke HSI utk melalui ujian darah dan mengesahkan yang aku ni demam denggi atau demam biasa.

But before aku exit dari klinik panel tu, doc soh aku dan adek aku pakai face mask sbb takut aku akan effect people surround me. maka aku dengan adek aku menuju ke HSI bersama 2 pujuk surat yang membuktikan doc klinik itu telah memeriksa kiteorang bersama ayah aku. hingatkan ayah aku akan hantar malam rupa² time tu juga ayah aku hantar ke HSI. huhu sayang juga ayah aku kat aku dan adek aku. kemudian sesampai saje ke HSI, seperti biasa kena daftar name dan bayaran utk pendaftaran adelah RM 2 utk kami berdua. lame juga tunggu giliran, sampai aku ngantok, hilang ngantok kemudian ngantok semula dan sebagainya. batok jangan ceritalah.. kami berace² batok. huhu.

lagi yang peliknya, sesampai giliran aku utk pemeriksaan. Nurse yang melaksanakan medical check up tanye kat aku. Kenapa aku memakai face mask. Aku agak pelik juga, ialah dah doc klinik tu sendiri soh pakai. x akan lah aku x mau pakai andai kate dengan memakai face mask ni boleh menggurangkan kesakitan demam dan tekak aku. Lagi pun x salah aku memakainya, kerana aku cume disuspek denggi @ pun cyekunya (<— betol ke spelling aku?) klu aku x pakai, kemungkinan besar aku mungkin menyadi penyebar. aku x mau jadi penyebab. BODOH punya nurse. x semestinya orang yang kena H1N1 yang memakai mask, lagi pun aku pun x tau penyebab utama aku jatuh sakit. Lantaran itu, aku di amek darah dan di suruh tunggu di luar sehingga ujian darah selesai selama 2 JAM!!!… gile ar lame aku menunggu kat luar tuuu..

setelah 2 jam menanti, akhirnya name aku di panggil setelah name adek aku di panggil. So far doktor kate aku sehat cume di kawasan kejiranan aku sudah ade kes Demam DENGGI. maka sebagai pre-caution doktor memberi aku pelbagai warna ubat yang aku pun pening nak makan. lagi² ubat batok yang bahekkkk punya… pas makan teros tido sampai pengsan.. :) ) pastu aku, adek aku dan ayah aku pulang ke umah dengan beg plastik ubat²an yang maha banyak…. :|

Alhamdulilah sekarang aku dah pun sehat…

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

Posted 1 week, 2 days ago at 7:07 pm.

2 comments

I miss my social life…

Klu dulu, agak2 tension jer… terus ajak member² lepak sesame,
Klu dulu, dimana saja kaki aku nk pergi, akan aku teros ke sana tanpa perlu berpk,
Klu dulu, lepas submit asignment teros tido x hingat dunia,
Klu dulu, bile terasa malas nk wat asement, bleh pending hingga dateline,
Klu dulu, bile terasa nk jalan ke atau nk bersiar², teros start enjin kete dan balik sesuki ati,
Klu dulu, ape kite nk buat semuanya x de orang tegur dan x payah nk hingat orang lain,
Klu dulu, ketika zaman study semuanya best walaupun ade beberapa perkara x best pun jadi best…

SEKARANG,
klu tension, bertambah tension dengan masalah di opis dan di rumah,
Klu teringin nk berjalan, kena pk esok ari kena pergi kerja,
Klu nak tido, kena bangun awal sbb takkut terlewat nk gi opis,
klu penat, x sempat nk rehat… keje baru pun sampai bertubi²,
klu teringin nk berjalan, kena beringat utk simpan duet minyak utk wat gi kerja,
klu nk bersiar, WAJIB bawak adek² klu x nnt adek merajuk,
klu nk enjoy, kena enjoy bertapis² sbb nnt kena marah dengan mak @ ayah,
klu sekrang, semua benda kena pk, termasuk benda yang aku x perlu tanggung pun kena pk…

hadehhh… tensionnya… :( I MISS MY SOCIAL LIFE…

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

Posted 1 month, 1 week ago at 9:48 pm.

2 comments

kerja2

aku x sempat nk update blog aku wat sementara waktu kerana kesesakan dan kesibukan kerja2 yang berlambakkan di opis di seluruh meja ku perlu di selesaikan.. klu ikotkan ati bos.. tiap2 ari soh aku wat OT… tapi aku ni manusia, ada limitation dia… boleh kurus aku klu Ot straight… :P huhu

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

Posted 1 month, 2 weeks ago at 12:47 am.

Add a comment

besok kerja

hadeh mase x de keje aku menangis2 cari kerja. sekrang bile dah ade keje aku malas plak nk pergi kerja.. huhu… apelah aku ni. x geti nk bersyukur…

Posted 1 month, 3 weeks ago at 12:46 am.

4 comments